Wednesday, September 1, 2010

Mesin Kad Kredit: Pengenalan (Pt 1)









salam ramadhan & salam merdeka,

rase nye dah lame x update blog hambe yg sempoi lg ntah ape2 ni...

oklah utk posting kali ni, aku nk citer pasal terminal credit card,



Ape Mende Mesin Kad Kredit ni??


Mesin Kad Kredit @ Merchant Terminal @ Credit Card Terminal @ Terminal Swipe @ Card Credit Machine
merupakan satu medium perantara untuk transaksi pembayaran di antara pemilik kad kredit, peniaga (ANDA) dan pihak bank.
Terminal tersebut digunakan bagi memudahkan ANDA sebagai peniaga memberi kemudahan pembayaran kepada pemilik-pemilik kad kredit melakukan belian barangan atau perkhidmatan di premis anda.





Kenapa PERLU untuk memiliki Mesin Kad Kredit?




Mesin Kad Kredit amat diperlukan bagi setiap premis perniagaan yang berhasrat untuk menawarkan kaedah pembayaran alternatif kepada pelanggan mereka.

Jualan perniagaan ANDA tidak sepatutnya hanya bergantung kepada TUNAI sahaja, malahan ianya boleh dipertingkatkan melalui penggunaan KAD juga.

Bezanya, wang jualan tersebut akan anda terima dalam tempoh 2 hingga 5 hari bekerja, dan ianya terus di bank-in ke akaun bank perniagaan anda.




Apa aplikasi yang terdapat di dalam Mesin Kad Kredit?
Selain menerima pembayaran kad kredit, mesin ini turut menerima pembayaran bagi 2 jenis kad yang lain iaitu KAD DEBIT dan KAD BANK (ATM - 12 bank). Di samping itu juga, mesin ini turut dilengkapi aplikasiprogram Easy Payment 0% (ditawar oleh bank) dan untuk PENDAFTARAN kad prepaid bank.

Oleh yang demikian, peniaga yang memohon mesin ini, akan menerima 5 aplikasi di dalam satu mesin.






Bagaimana untuk memiliki Mesin Kad Kredit?
Untuk memiliki sebuah Mesin Kad Kredit, anda perlu memohon dengan pihak bank. Ia semakin mudah melalui ejen perantara, memandangkan ejen lebih memahami berkaitan prosedur permohonan.
Terdapat beberapa dokumen (yang tak mungkin didapati di bank) perlu dilengkapkan. Contohnya, 'Merchant Agreement'.

Maklumat borang permohonan perlu diisi. Seterusnya, ejen kami akan membantu anda isi set borang 'Merchant Agreement' tersebut.




Jenis Terminal

Terdapat 2 jenis terminal yg digunakan sebagai medium menerima pembayaran kad kredit iaitu:-

1) EDC
(Electronic Draft Capture) Terminal - terminal disambung ke talian tetap telefon @ faks kedai.

2) GPRS Terminal - terminal tanpa wayar yg menggunakan kad sim.
EDC TERMINAL

GPRS TERMINAL










Terdapat 2 cara untuk memohon sebuah mesin kad kredit iaitu :-
1. Memohon terus dengan bank.
2. Memohon dengan ejen
.
Kelemahan memohon terus dengan pihak bank :-
1. Bank menetapkan target penggunaan kad bulanan (>RM20k).
2. Kadar sewa terminal yang tinggi (>RM100 sebulan).
3. Tempoh proses permohonan yang panjang (hampir 2 bulan) - tiadafollow-up .
4. Kemungkinan peniaga kecil tidak dilayan oleh pegawai bank (account manager, merchant unit) atas faktor bukan target pelanggan yang digemari.
5. Pegawai bank (account manager, merchant unit) lebih berminat dengan peniaga besar & banyak rangkaian untuk capai target jualan peribadi.
Kelebihan memohon dengan kami :-
1. TIADA target jualan bulanan.
2. Kadar sewa terminal yang boleh runding (ada diskaun).
3. Tempoh proses permohonan yang lebih singkat (<>.
4. Kemungkinan peniaga kecil tidak dilayan oleh bank? - Tiada. Kami yang uruskan & jawab query bagi pihak peniaga.
5. Kami menyediakan borang penilaian (evaluation form) & analisis kewangan (financial analysis) bagi rujukan utama pihak bank - Tiada diskriminasi.

klik utk besarkan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...