Wednesday, October 27, 2010

Overdraft vs ASB Pt 4 (Advance Level)

salam sejahtera & assalamualaikum kpd pembaca2 blog aku yg tak seberape ni


sebelum aku citer lebih lanjut tentang advance level yg ke 4 ni, ade baiknye kalo korg selak balik posting2 lame supaya korg dpt pemahaman yg lebih




  1. Part 1
  2. Part 2
  3. Part 3
orait, kalo dah fhm, kite story skit pasal Part 4 ni, basically, teknik yg baru ni melibatkan penggunaan ASBloan. Dan, berita baik kpd sesape yg xde OD tu, korg pon leh apply teknik ni.


Mungkin ramai yg dah tau, ramai jgk yg x tau. Dan aku menulis teknik ni bkn sbb aku baru je tau. Aku mmg dah draft utk jadikan die teknik yg ke 4. Teknik ni sgt sesuai utk mereka yg berhajat utk kawin ke, beli kete ke, dlm tempoh mase tertentulah, bergantung pada AIM korg td.


Baik, Bahan2 yg diperlukan utk teknik ASB-PL-ASBLoan ni adalah:


  1. Duit gaji 
  2. Dah bukak acct ASB 
  3. Personal Loan (rm10k ke atas)
  4. ASB Loan (drp CIMB ke, RHB ke, Maybank ke...) berjumlah RM 100 K 
Table Easy Loan from Easy Rhb (click utk besarkan)

Table ASB Loan dr Easy Rhb (click utk besarkan)

Cara-caranya:
  • Sekiranya korg amik Personal Loan (PL) drp Bank Rakyat sebyk rm20k, monthly korg sebyk rm209 selama 15 thn. Kalo rm10k plak. lebih kurang rm150 sebulan. Not sure, check dgn BR
  • Ok, Lepas korg dah cukup syarat2 ni td. Korg akan dapati:
    • ASB Loan: monthly kene byr rm450.14
    • Personal Loan: rm288 (for rm10k from Easy RHB)
So, cmne plak skng? Ahhh...sudah nizam ni...jd 2 utang plak nk kene byr...rilekkk derrr..rilek.
  1. Selepas korg dpt Personal Loan td (rm10k) kuarkan sebyk rm6000, byr trus kpd RHB utk installment ASB Loan selama setahun (rm450.14 x 12months = rm5,401.68) Byr lebih xpe, sbb intsllment ni ikut BLR, so die agak fluctuate
  2. Selepas byr setahun ASB loan korg td, duduk la rilek je & tgu je dpt dividen ASB 
  3. Dgn andaian dividen sebyk 7%. Korg sepatutnya akan dpt rm7000. Kuarkan rm6000 utk byr ASB pd thb yg ke 2
  4. Rotate cara ni smpi thn yg kelima. Sbb Easy ASB ni korg hanya byr interests shj pd 5 TAHUN PERTAMA. Pada thn ke 6, korg dah start byr principle nye iaitu rm677.14 sebulan. Pada thn yg ke 6 korg bleh pilih samada nk terminate ke x nk, terpulang. Kalo terminate, korg just kene byr 1% drp ASB yg korg pinjam tu. Kalo rm 100k x 1% = rm1000 je.
  5. Dgn cara ni, korg leh ringankan beban bulanan korg. Dah x pyh nk byr ASB loan lg. Thn pertama PL byr guna PL, thn ke 2 dan seterusnya rolling dividen ASB td. 
  6. Korg hanye perlu byr PL korg je bulan2. Tht is sebyk rm 288 je

Kesimpulan:
  • Utk mendapatkan RM 100K, korg perlukan lebihan. Lebihan dlm bentuk bantuan la sng citer. Kalo kite wat sorg2, mau terduduk nnt. So, lebihan ni membantu kite mencapai matlamat asal kite td.
  • Let say korg plan utk kawin, korg leh manfaatkan dividen asb td instead of korg wat PL saje. So kt sini, drp korg simpan je bulan2 rm288 x 12 bulan, korg cuma leh dpt rm3456 je. Tp dgn tools ASB Loan ni korg dpt lebih @ rm7000!! (kalo x wat rolling next year la)



Credit to JutawanEmas
Kebaikan:
  1. Berdasarkan jadual pulangan ASB diatas, didapati pulangan ASB mampu cover sebahagian besar duit loan ASB anda
  2. Dengan menggunakan strategi ASB + pelaburan emas, anda boleh menjana keuntungan tambahan untuk cover sebahagian lagi installment loan tersebut.
  3. Duit ASB nie boleh guna untuk cover pendidikan anak-anak, atau bayar hutang rumah sekali gus setelah 20 tahun
  4. Dengan menggunakan strategi personal loan sebagai leverage,anda boleh memiliki pelaburan ASB semaksimum RM200,000
  5. Kemudahan pinjaman ASB Islamik dan personal loan berkonsep Islam memudahkan orang Islam membuat pelaburan ini.
  6. Pinjaman ASB nie baik untuk memenuhi matlamat kewangan jangka panjang contohnya untuk pendidikan anak-anak, melangsaikan hutang rumah sekali gus.
  7. Dengan perlindungan insurans, amount yang dipinjam tidak perlu dibayar sekiranya terjadi apa-apa kejadian yang tidak diingini kepada peminjam contohnya kematian dan kecacatan kekal




Keburukan:


  1. Membuat pinjaman untuk pelaburan adalah sesuatu yang berisiko. Tidak semua orang sesuai untuk mengambil risiko pinjaman untuk pelaburan. Ini adalah kerana BLR adalah berunah2, current BLR is 6.3%, mase time aku dlu 5.55%.
  2. Prestasi ASB boleh berubah-ubah. Mungkin ada risiko pulangan rendah (refer table dividen ASB di atas)
  3. Pinjaman ASB akan ditukar dalam bentuk sijil dan disimpan oleh pihak bank (so xkan dpt balik, unless korg abis byr nnt)
  4. Jika gagal membayar installment, maka bank akan menjual sijil ASB (dlm tempoh mase 3 bulan)




1 comment:

  1. sekiranya saya amik ASB loan dgn easy RHB sebanyak RM100k. Pada tahun ke-6 saya membuat keputusan untuk lock/terminate kan ASB loan tersebut.

    1) Berapakah hasil pulangan saya selepas terminate? sebab dalam tempoh 5 tahun tersebut, saya telah membayar kepada pihak bank samada dgn duit sendiri atau PL tadi.

    2) Mengikut terms easy rhb tuk ASB loan, pada tahun ke-6 dan seterusnya, jumlah yang perlu dibayar adalah principal (RM677.14) dicampur dengan Interest Repayment (RM450.14). Maksudnya jumlah kesemua adalah RM1127.28. Adakah pengiraan tuan sudah mengambil kita jumlah ini untuk tahun ke-6 dan seterusnya?

    diharap tuan dapat memberi penerangan secara kalkulatif kepada saya. Minta maaf sebab saya masih kurang paham.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...